Saturday, September 11, 2010

harapan itu hanya sesegar anganan semalam..

pilu apabila tersentak daripada lamunan yang mengaburi mata hati ini. bukan suka untuk kembali menyedari hakikat hidup yang tidak selalu indah. tidak juga aku benci sehingga menolak kebenaran hakikat yang terbentang jelas di hadapan. biasa sahaja -- untuk sesudah terhantuk baru hendak mengadah. norma hidup.

sudah bergenang air mata ini. tidak juga mengalir bagi menghilangkan sebak di dada. aku sedih ? boleh jadi, tetapi merasakan perasaan kecewa itu lebih kuat. hendak kutangisi terasa tiada gunanya, bukan boleh dibetulkan semula.

harapan kali ini mudah -- semoga tidak aku lupa betapa pilu hati ini, agar aku menjadi lebih bersyukur untuk segalanya. sungguh, harapan yang dahulu itu juga sudah hanyut entah di bawa ke mana-mana. kali ini, biarlah tetap segar dalam ingatn.